Mobile & Computer Services

Friday, 17 January 2014

SEJARAH HIDUP MOBICOM



Assalammualaikum wbt u alls semua....Pertamanya, kami di MobiCom Enterprise ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi di atas rezeki dan idea untuk menubuhkan MobiCom Enterprise ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada kaum keluarga dan rakan2 yang banyak memberi semangat dan dorongan buat kami. (pendahuluan kene serius baru mengancam..hahaha)

MobiCom adalah singkatan bagi Mobile & Computer Services. Tercetusnya idea name MobiCom ni dalam mimpi...haha...nmpk x sampai kedunia ghaib kami mencari idea untuk bisnes kami..wakaka....

Asalnya MobiCom Enterprise ditubuhkan atas sebab yang tidak disengajakan...(boleh lak bukak bisnes secara xsengaja....hehehe) cam ni la nak dipendek kan cerita...penubuhan MobiCom Ent. ni disebabkan saya diberhentikan keje sehari selepas kawen n yg sadisnya saya dibehentikan keje tanpa sebarang notis...orang kate "the best wedding gift forever la"....jadi, at that time, hanya bergantung harap pada gaji suami semata-mata...dah la baru nak mulakan hidup...tup2...diberi dugaan sedemikian...tapi kami redha dan kami yakin pada rezeki di bumi Allah ini luas..cume bagaimana nak cari gali rezeki itu je menjadi persoalan kepada kami laki bini....

nak dipendekkan lagi cerite nih...hari2 kami dok planning nak wat bisnes pe nih...kuar la idea dari nak buat bisnes wedding planner (xjadi sbb xcukup modal)...mase tu kami ade modal lebih kurang 5K je..jadi secara relevan nye kuar la idea tuk wat bisnes cyber cafe, printing, photostat, scanner, dan stationary serba sedikit...

Dengan kedai sekangkang tenuk dibelah lapan ni kami berusaha gigih tuk besarkan dan majukan jadi macam tesco( hahaha...over tui)...name pun cita2 harus lah setinggi gunung...haha....Dari hari ke hari kami menambahbaiki perkhidmatan kami sehinggalah  kini.

Terkini, kami di MobiCom Ent. menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti di bawah:
  • Cyber Cafe
  • Printing
  • Photostat
  • Scanning
  • laminating
  • Binding
  • Stationary
  • Mobile Accessories
  • Format PC / Laptop
  • Passport Photo

Our Company Logo...ok x??? puji r kit.....hehe

No comments:

Post a Comment